Bangunan Wisma Sejarah1024×724
Mengenali Wisma Sejarah
Wisma Sejarah ialah milik Persatuan Sejarah Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan. Ia dibangunkan sebagai dua blok: Anjung (Blok A) setinggi 5 tingkat dan Menara (Blok B) setinggi 10 tingkat. Anjung menempatkan Ibu Pejabat PSM di aras 3, dewan dan bilik seminar di aras 2 serta perpustakaan di aras mezanin. Menara ditawarkan untuk penyewaan.
Dewan di aras dua Anjung boleh memuatkan 300 orang (30 meja bankuet) untuk keramaian dan sehingga 450 orang untuk perhimpunan. Dua bilik seminar memuatkan 50 dan 80 orang. Terdapat 130 petak tempat letak kereta di aras sub-besmen, mezanin dan aras satu, serta sebuah surau di aras mezanin.
