Latar Belakang
Perpustakaan Tan Sri Omar Mohd Hashim (PTSOMH) ialah perpustakaan penyelidikan milik PSM. Semasa di Jalan Hose ia dikenali sebagai Pusat Sumber Persatuan, dengan koleksi pertama kira-kira 500 naskhah buku, 300 naskhah pamflet dan 30 judul jurnal. Pada 1 Disember 2003 ia ditubuhkan secara rasmi di aras mezanin Wisma Sejarah (kira-kira 3,000 kaki persegi) dan dinamakan sempena Pengerusi PSM ketika itu. Pada 2012 nama ditukar kepada Perpustakaan Tan Sri Omar Mohd Hashim.
Visi
Menjadikan PTSOMH sebagai perpustakaan rujukan sejarah terbaik di Malaysia.
Misi
- Mengesan dan menyimpan bahan sejarah di Malaysia sebagai sumber rujukan.
- Mendokumentasi dan memulihara bahan sejarah untuk generasi kini dan akan datang.
- Merekod, mengkatalog dan mengkelaskan semua bahan secara sistematik.
Peraturan
- Pengguna perlu mendaftar sebagai ahli PSM di aras 3 untuk menggunakan kemudahan.
- Butiran diri hendaklah ditulis dalam buku pelawat.
- Semua bahan untuk rujukan sahaja, tidak boleh dipinjam atau difotokopi.
- Berpakaian sopan. Dilarang merosakkan bahan atau membawa makanan dan minuman.
Koleksi
Buku pelbagai bidang (kebanyakan sejarah), koleksi peribadi Tan Sri Omar Mohd Hashim, Prof Emeritus Datuk Dr. Mohd Taib Osman, Tun Hamdan Sheikh Tahir dan En. Abd Ghapa Harun, jurnal (Jebat, JMBRAS, Jurnal Peradaban Melayu), majalah termasuk National Geographic 1980–2014, keratan akhbar, laporan tahunan 1982–2015, koleksi nadir, peta dan bahan audio visual.
Waktu Perkhidmatan
Isnin hingga Khamis: 9.00 pagi – 1.00 petang, 2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat: 9.00 pagi – 12.30 tengahari, 2.30 petang – 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Tutup)






