





Wisma Sejarah mempunyai 60,228 kaki persegi ruang pejabat: 18,266 kp di Anjung (Blok A) dan 41,962 kp di Menara (Blok B). 10,904 kp di Anjung digunakan PSM; baki 7,362 kp untuk sewaan. Aras 2 ialah lot suite 200–1,600 kp. Aras 3 hingga 7 boleh disewa kepada satu, dua atau empat penyewa setiap tingkat. Aras 8 (penthouse) untuk dua penyewa.
Kemudahan
- Sistem hawa dingin dikawal individu setiap suku lantai.
- Kawalan keselamatan 24 jam dan tempat letak kereta berbumbung.
- Surau lelaki dan wanita di aras mezanin.
- Pembersihan kawasan awam, pelupusan sampah dan sistem siaraya berpusat.
- Sistem pencegah kebakaran dengan talian terus kepada bomba.
- Sehingga 20 talian telekomunikasi setiap tingkat, serta sambungan TV, radio dan Astro.
- Dewan dan bilik seminar untuk disewa.
Pakej Sewaan
- Kadar bulanan bermula RM2.30/kp termasuk caj perkhidmatan, kecuali aras bawah dan aras 8.
- Aras 8 (penthouse) RM2.50/kp. Aras bawah RM4.80/kp (Anjung) dan RM4.50/kp (Menara).
- Tempoh sewaan 2+1 tahun. Kadar lanjutan dikaji semula selepas tahun opsyen.
- Sewa pendahuluan satu bulan sebagai wang cengkeram, deposit sekuriti tiga bulan, dan deposit utiliti satu bulan.
- Perjanjian disediakan PSM; duti setem ditanggung penyewa. Deposit pindaan premis minimum RM1,000.
- Premis hanya untuk pejabat. Penyewaan semula dilarang.
- Satu petak kereta percuma bagi setiap 2,000 kp, dan petak tambahan pada RM60 (tahun kedua) serta RM100 (tahun ketiga).
- Bil elektrik berdasarkan meter TNB penyewa. Penggunaan hawa dingin melebihi 16 jam sehari selama 14 hari atau lebih dikenakan caj servis di bawah RM250 sebulan.
