Tokoh dan Penggiat Sejarah Dalam Gerakan PSM
Pada tahun 1957, Raja Sir Uda Raja Muhamad dipilih menggantikan Dato’ Mahmud Mat, presiden pertama. Raja Sir Uda diganti oleh Dato’ Abdul Razak Hussein sehingga 1971, kemudian Dato’ Hussein Onn (1972–1980), Datuk Musa Hitam dan Encik Ghafar Baba.
Tun Hamdan Sheikh Tahir memainkan peranan penting sejak dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja pada 1961 dan menjadi Pengerusi pada 1966 menggantikan Aminuddin Baki. Beliau penggerak pertandingan menulis sejarah untuk sekolah menengah dan dianugerahkan Felo pertama PSM. Tempatnya diganti oleh Dato’ Omar Mohd Hashim pada 1989.
Tokoh lain yang menyumbang termasuk Mubin Sheppard, Khoo Kay Kim, J.S. Henry, Sujak Rahiman dan Zainal Abidin Wahid. Di cawangan: Kapten Mohamad Nor Mohamad (Pulau Pinang); Kapten Mohd. Ali Maidin, Cikgu Yusof Harun dan Abdul Aziz Tapa (Melaka); Datuk Wan Ibrahim Wan Suloh, J.E. Augustine dan Wan Shamsuddin Mohd. Yusof (Kedah); Abdullah Mohamad dan Shahrom Hussein (Johor); Kapten Mohd. Ali Mohamad dan Zakaria Hitam (Pahang); Abdul Rahman Al-Ahmady, Abdullah Mohd (Nakula) dan Nik Mohamed Nik Mohd Salleh (Kelantan); serta Mohd Salleh Awang (Terengganu).
Generasi baru yang mengambil alih kepimpinan PSM perlu disemai dengan falsafah perjuangan 1953 supaya hala tuju pertubuhan tidak terkeluar daripada landasan yang diamanahkan.
