Skip to content
Persatuan Sejarah Malaysia

Aktiviti

Kongres / Persidangan / Seminar / Bengkel

Persidangan PSMSeminar PSM

Penglibatan PSM dalam kongres, persidangan, seminar dan bengkel dilaksanakan sama ada sebagai penganjur, penganjur bersama, atau melalui penyertaan dalam program pihak lain. Penganjuran bersama lazimnya dibuat dengan Perpustakaan Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Sejarah institusi pengajian tinggi.

Antara program besar peringkat kebangsaan:

  • Kongres Sejarah Malaysia I (1978)
  • Kongres Sejarah Malaysia II (1996)
  • Sidang Puncak Sejarah (2013)
  • Kongres Sejarah Malaysia III (2018)

Di peringkat antarabangsa PSM bekerjasama dengan Masyarakat Sejarawan Indonesia dan Philippines Historical Society. Seminar dan bengkel dianjurkan dari semasa ke semasa oleh ibu pejabat atau cawangan, terbuka kepada orang awam atau kumpulan khusus seperti guru sejarah, mahasiswa dan pelajar.