Persatuan Sejarah Malaysia melalui Jawatankuasa Jejak Sejarah sentiasa merancang program Jejak Sejarah di dalam dan luar negara, mengunjungi tempat bersejarah yang ada hubung kait dengan Malaysia, agama Islam dan dunia Melayu.
Program ini mewujudkan hubungan dengan institusi dan pertubuhan sejarah di luar negara khususnya negara jiran di Asia Tenggara, termasuk pertukaran maklumat, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan persidangan antarabangsa.
Program Jejak Sejarah mula diadakan pada 1–8 Mei 1990 apabila PSM mengadakan lawatan ke Acheh, Sumatera. Sehingga kini sebanyak 26 siri program sudah diadakan.
Lawatan Dalam Negeri
| No. | Tempat | Tarikh |
|---|---|---|
| 1 | Pasir Salak (Perak) | 6 Nov 1999 |
| 2 | Chemor, Sg Siput, Salak Utara, Kuala Kangsar, Padang Rengas, Bukit Berapit, Changkat Jering, Simpang Empat, Kuala Sepetang, Taiping, (Perak) | 26 Ogos 2000 |
| 3 | Pekan dan Kuala Pahang (Pahang) | 30 September 2000 |
| 4 | Kota Kinabalu, Kundasang dan Ranau (Sabah) | 16–19 Julai 2008 |
| 5 | Lenggong (Perak), War Memorial (Batu Maung, P.Pinang), Lembah Bujang dan Muzium Padi (Alor Setar, Kedah) | 20–23 Dis 2008 |
| 6 | Kuala Terengganu (Terengganu) dan Kota Bharu, (Kelantan) | 7–10 Mac 2010 |
