" Sesiapa Yang Tidak Belajar Daripada Sejarah Akan Terhukum Mengulangi Kesilapan Silam "
 
 
 
 
       
 

 

 

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2012

SILA KLIK PADA BROSUR.

 
       
 

 
 

Glimpses of Our Merdeka

Penerbit : Persatuan Sejarah Malaysia

Editor : Dato’ Nik Mohamed Nik Mohd Salleh

Harga senaskah : RM25.00

Buku ini mengandungi 14 artikel dan esei berkenaan kemerdekaan Malaysia.Artikel-artikel dan esei yang ditulis memperlihatkan perjuangan panjang dan sukar untuk mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957.Penulisan artikel-artikel dan esei ini mungkin ringkas tetapi mampu mendedahkan pengalaman yang dilalui juga mengingati kenangan saat-saat yang bersejarah.

 
       
 

 
 

 

 

KEPUTUSAN PENUH

PERTANDINGAN MENULIS SEJARAH MALAYSIA 2011

 
       
 

 


 
 

Diaspora Melayu Cam

Terbitan : Persatuan Sejarah Malaysia

Penulis :Profesor Madya Dr. Mohamad Zain Musa

Harga senaskah : RM 40

Diaspora Melayu Cam mencatatkan sejarah orang Cam dan kemudian bersama orang Melayu, iaitu orang Melayu-Cam, berpindah randah dalam rangka diaspora mereka untuk mencari perlindungan serta untuk memulakan hidup baru di negara asing yang kemudian menjadi tanah tumpah darah generasi kedua dan seterusnya.

 
       
 

 

Tamadun Alam Melayu

Terbitan : Persatuan Sejarah Malaysia

Penulis : En. Mohd Arof Ishak

Harga senaskah : Kulit Tebal    RM90

Buku ini diterbitkan pada September 2009 Untuk mendapatkan buku ini sila hubungi pihak PSM di talian 603-268153588/6388 atau datang terus ke Ibu pejabat PSM. Maklumat lanjut mengenai kandungan buku seterusnya...


 
 

 

 

PSM ke Kalimantan Selatan

Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) telah mengadakan lawatan ke Banjarmasin, Martapura dan Banjarbaru Kalimantan Selatan, Indonesia pada 13-16 Mac 2012. Lawatan tersebut telah dianggotai seramai sembilan orang diketuai oleh Dato’ Nik Mohamed Nik Mohd Salleh (Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PSM). Antara tempat-tempat yang telah dilawati dalam lawatan selama empat hari itu adalah Pasar Terapung, Universitas Lambung Mangkurat, Masjid Raya Sabilal Muhtadin, Muzium Mangkurat, Makam Sheikh Muhammad Arsyad Al-Banjari di Martapura, serta mengadakan kunjungan hormat bertemu  Raja Muda Kesultanan Banjar H. Khairul Saleh dan Permaisuri Hj. Raudatul Jannah di Mahligai Sultan Adam, Martapura Provinsi Kalimantan Selatan.