Pengenalan

Sekapur Sireh

JumaatKata Aluan Pengerusi

Salam sejahtera

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat melayari laman web Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) kepada pengunjung yang pertama kali singgah di laman web ini. Menjelang tahun 2016 PSM juga turut melangkah ke satu lagi babak baru dalam rangka kegiatannya sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan atau Non-Government Organization (NGO). Ini dimanifestasikan melalui pelancaran laman web PSM yang baru dengan usaha penambahbaikan bagi memudahkan perhubungan dengan masyarakat. Segala kemudahan dalam bidang teknologi maklumat akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Melalui laman web ini, setiap pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat tentang PSM. Antaranya berkaitan latar belakang PSM, keahlian, perlembagaan, koleksi perpustakaan, penerbitan, borang keahlian dan aktiviti semasa. Pengurusan, program dan aktiviti PSM dapat diuruskan dengan lebih cekap lagi dengan kemudahan memuat naik dan memuat turun bahan berkaitan.

Adalah diharapkan laman web ini akan mendapat ramai pengunjung, dan pada masa yang sama laman web ini juga perlu sentiasa dikemas kini. Saya percaya kemudahan teknologi seperti ini akan dapat memberi banyak manfaat terutamanya dalam memastikan PSM bergerak aktif memenuhi tujuan penubuhannya.

Sekian.

DATO' HJ. JUMAAT DATO' HJ. MOHD NOOR, FPSM
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif
Persatuan Sejarah Malaysia

1 Januari 2016

 

 

 

LogoPSM

Hubungi Kami

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA
Aras 3, Anjung Wisma Sejarah,
230, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

03-2681 5388 / 2681 6388
03-2202 8672
psejmal@gmail.com
sej@psm.org.my

Waktu Operasi

Isnin - Khamis :
9:00 pagi - 1:00 petang
2:00 petang - 5:00 petang

Jumaat :
9:00 pagi - 12:30 tengahari,
2:30 petang - 5:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Tutup)

Statistik Pelawat

0.png6.png6.png6.png1.png5.png1.png
Hari Ini64
Semalam274
Minggu Ini1199
Bulan Ini338
Jumlah Keseluruhan666151
high school diploma
high school diploma
high school diploma

high school diploma

high school diploma
high school diploma