Pertandingan Sejarah

Pertandingan Galeri Sejarah Sekolah

pertandingan galeriPengenalan

Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menganjurkan PERTANDINGAN GALERI SEJARAH SEKOLAH MENENGAH bermula tahun 2013-2014. Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah seluruh negara yang mempunyai galeri atau sudut sejarah. Penyertaan perlu dibuat melalui Borang Pendaftaran yang diedarkan ke sekolah atau boleh dimuat turun melalui laman web PSM.

 

Panduan Umum

 

1.0    Syarat Penyertaan

Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah kebangsaan seluruh negara yang telah membangunkan Galeri Sejarah Sekolah. Tiada yuran penyertaan dikenakan. Pertandingan ini akan diadakan setiap 2 tahun sekali.

 

2.0    Fokus Penilaian

Galeri Sejarah Sekolah hendaklah dipaparkan sebagai pusat setempat untuk mengenali sejarah penubuhan sekolah, perkembangan dan kemajuannya serta personalia yang telah bekerjasama berusaha membangunkannya. Selain itu ia harus juga memberi ruang bagi mempamerkan sejarah tempatan di mana sekolah itu berada.

 

3.0    Aspek Penilaian

3.1    Kearkiban

Dokumentasi adalah amat penting dalam kearkiban sejarah sekolah dan antara artifak terpenting yang banyak memaparkan aktiviti dan program sekolah adalah majalah sekolah.

3.2    Pengurusan dan  Pentadbiran Sekolah

Personalia utama dan projek inovasi yang mempunyai impak dan mengharumkan nama sekolah diabadikan.

3.3    Pencapaian Gemilang dan Kebitaraan 

Paparan kecemerlangan dalam pencapaian yang membanggakan warga sekolah.

3.4    Paparan tentang aktiviti/kejayaan bekas pelajar sekolah.

3.5    Hubungan Luar

Memaparkan kerjasama warga sekolah dengan sokongan pertubuhan dan masyarakat sekitar.

3.6    Sejarah Tempatan

Memaparkan dalam pameran di galeri unsur sejarah tempatan (kampung/daerah/bandar yang berhampiran kawasan sekolah).

3.7    Kreativiti Pameran

Mampu menarik perhatian pengunjung dan menjadi tempat rujukan pengkaji sejarah. Pengunjung berasa selesa sepanjang waktu semasa mengamati setiap artifak yang dipamerkan.


4.0    HADIAH

  1. Peringkat Negeri 
    • RM1,000.00 (Pemenang Utama bagi setiap negeri)
  2. Peringkat Kebangsaan
    • Tempat Pertama  -      RM3,000.00 dan Piala Pusingan Tan Sri Omar Mohd Hashim, Plak dan Sijil
    • Tempat Kedua     -      RM2,500.00, Plak dan Sijil
    • Tempat Ketiga     -      RM2,000.00, Plak dan Sijil

 

         
PEMENANG PERTANDINGAN 2013/2014

Peringkat Kebangsaan

  • Tempat Pertama    SMK (L) Methodist, Pulau Pinang
  • Tempat Kedua        SMK (P) Pudu, W.P. Kuala Lumpur
  • Tempat Ketiga        SM Sultan Abu Bakar, Pahang

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutiif pada 30 April 2014, PSM memutuskan semua sekolah yang dipertandingkan pada peringkat Kebangsaan  selain daripada pemenang di atas akan mendapat hadiah sagu hati iaitu;

Peringkat Negeri

  • SMK Ibrahim, Sg. Petani, Kedah
  • SMK Tungku Besar Tampin, Negeri Sembilan
  • SMK Damansara Utama, Selangor       
  • SMK Elopura 2, Sabah           
  • SMK Tun Hussein Onn, Johor       
  • Kolej Vokasional Arau, Perlis       
  • SMK Tengku Menteri, Perak           
  • SMK Kubang Golok, Kelantan       
  • SMK Munshi Abdullah, Melaka       
  • SMK Paka, Terengganu           
  • SMK Lundu, Sarawak   
Klik sini untuk download borang pertandingan

LogoPSM

Hubungi Kami

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA
Aras 3, Anjung Wisma Sejarah,
230, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

03-2681 5388 / 2681 6388
03-2681 4388
psejmal@gmail.com
sej@psm.org.my

Waktu Operasi

Isnin - Khamis :
9:00 pagi - 1:00 petang
2:00 petang - 5:00 petang

Jumaat :
9:00 pagi - 12:30 tengahari,
2:30 petang - 5:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Tutup)

Statistik Pelawat

0.png0.png7.png3.png7.png3.png2.png
Hari Ini128
Semalam195
Minggu Ini768
Bulan Ini4627
Jumlah Keseluruhan73732
high school diploma
high school diploma

high school diploma

high school diploma
high school diploma
high school diploma