Imbasan Sejarah

Penerbitan PSM

Penerbitan Persatuan Sejarah Malaysia

Tan Sri Mubin SheppardAktiviti yang paling besar, berkesan dan yang menyebabkan PSM terkenal di dalam dan di luar negara ialah dalam bidang penerbitan. Bermula tahun 1954 jurnal sulung PSM iaitu The Malayan Historical Journal telah diterbitkan di bawah pengarangnya J.C. Bottoms. Tempat beliau kemudiannya diambil alih oleh Tan Sri Mubin Sheppard yang terus menghasilkan jurnal PSM dengan nama baru MIH 1960 07 thumbnailMalaya In History dan meneruskan tugasnya sebagai pengarang selama 15 tahun iaitu sehingga April 1972. Tanggung jawab beliau diambil alih oleh Prof. Zainal Abidin Wahid yang mula menghasilkan jurnal PSM dalam versi bahasa Melayu - Malaysia Dari Segi Sejarah. Prof. Khoo Kay Kim mula menerajui sidang redaksi pada tahun 1978 hingga tahun 1989 apabila tempat beliau digantikan oleh Prof. Dr. Nik Hassan Shuhaimi sehinggalah sekarang.

Sehingga kini jurnal Malaysia Dari Segi Sejarah yang diterbitkan hampir 40 tahun lalu sudah mencecah ke bilangan 100. Melalui penerbitan inilah PSM berjaya memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Malaysia kepada khalayak yang lebih luas, sama ada di dalam maupun di luar negara. malaysiadarisegisejarah2Penerbitan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang awam, mahasiswa, pengkaji sejarah, dan institusi pengajian tinggi. Kejayaan ini dapat ditafsirkan sebagai kejayaan dasar jurnal ini yang mengadunkan kepakaran dan kebolehan pakar sejarah dengan amateur historian dan ini telah berhasil untuk merangsang minat di kalangan orang yang bukan ahli. Penerbitan indeks penyumbang dan mauduk yang dimuat dalam jurnal ini antara tahun 1954 hingga 1979 telah diusahakan oleh Prof. J. Chandran pada tahun 1979 dan mengandungi maklumat yang amat penting untuk para pengkaji pada masa hadapan.

prof khoo kay kimMeneliti penyumbang kepada jurnal PSM di peringkat awal ini seolah-olah menatapi sebuah buku Who's Who di zaman sebelum merdeka. Para penyumbang makalah, umpamanya termasuklah Dato' Mahmud Mat, Sir Roland Braddel, Prof. Parkinson, Prof. Tregoning, Wang Gu Wu, Dato' Shahrom Hussein, dan Yap Sho Koon. Antara penyumbang yang paling aktif ialah Tan Sri Mubin Sheppard, dan Prof. Khoo Kay Kim.

 Di samping jurnal, dari semasa ke semasa PSM juga menghasilkan buku dan monograf. Antaranya yang penting ialah Historia, Lembaran Akhbar Melayu, Changi The Lost Years, Tun Hamdan Guru Sepanjang Hayat, Sejarah dan Pembinaan Negara-Bangsa. Usaha ini bertepatan dengan dasar PSM menggalakkan penerbitan karya sejarah yang dihasilkan oleh individu ataupun pertubuhan untuk diterbitkan bagi bacaan umum. Di samping di peringkat pusat, Cawangan PSM di peringkat negeri juga telah menerbitkan jurnal masing-masing. Antaranya ialah Setanggi oleh PSM Cawangan Wilayah Persekutuan, Kedah Dari Segi Sejarah oleh PSM Cawangan Kedah, Melawati oleh PSM Cawangan Selangor, Misa Perak oleh PSM Cawangan Perak, Sawaktu oleh PSM Cawangan Sarawak, Warisan oleh PSM Cawangan Negeri Sembilan. Melaka Dari Segi Sejarah oleh PSM Cawangan Sabah. Di samping itu PSM Cawangan juga aktif menerbitkan karya sendiri, umpamanya buku Sejarah Darul Iman karya Dato Jasa Setia Dato Haji Salleh bin Haji Awang yang merakamkan sejarah negeri Terengganu sehingga tahun 1924, risalah tentang tempat bersejarah di Pahang oleh PSM Cawangan Pahang. Di samping itu PSM Cawangan Sarawak pula menghasilkan Yang Dikehendaki iaitu biografi TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Mohamad Noor.

LogoPSM

Hubungi Kami

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA
Aras 3, Anjung Wisma Sejarah,
230, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur, Malaysia.

03-2681 5388 / 2681 6388
03-2681 4388
psejmal@gmail.com
sej@psm.org.my

Waktu Operasi

Isnin - Khamis :
9:00 pagi - 1:00 petang
2:00 petang - 5:00 petang

Jumaat :
9:00 pagi - 12:30 tengahari,
2:30 petang - 5:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Tutup)

Statistik Pelawat

0.png0.png9.png0.png7.png6.png9.png
Hari Ini22
Semalam137
Minggu Ini159
Bulan Ini1337
Jumlah Keseluruhan90769
high school diploma
high school diploma

high school diploma

high school diploma
high school diploma
high school diploma